Isnin, Mac 29, 2010

April - Usahawan 'pak turut'

RAMAI yang tertanya-tanya kenapa MJ terbitan April memilih `pak turut' sebagai isu utamanya sedangkan ada banyak lagi isu lain yang lebih hangat dan perlu diketengahkan. Percayalah setiap keputusan yang dibuat MJ ada kebaikannya. Malah, perubahan wajah dan kandungan MJ sentiasa dikemaskini agar pembaca setia khususnya para usahawan baik dalam dan luar negara padat dengan ilmu dan pengetahuan umum.

Masih tertanya-tanya kenapa 'pak turut' dapatkan MJ di pasaran awal bulan April. Selain isu '?' tersebut, banyak lagi informasi menarik yang perlu anda ketahui. Paling penting semakin ramai manusia hebat kami muatkan dalam majalah tersohor dan berbaloi ini.

Jangan lupa kirimkan surat (alamat skrol ke bawah), sertai kuiz percutian dan dapatkan baucer tunai khas untuk anda.

Jika anda seorang usahawan dan ingin mengembangkan perniagaan anda set lah temujanji dengan wartawan kami siapa tahu MJ boleh membantu perniagaan anda.

Apapun selamat menyajikan minda anda dengan informasi terkini MJ dan jumpa lagi di keluaran Mei yang tentunya lebih hangat, padat dan berinformasi. Ingat MJ ingat majalah tersohor.. ;)

  

Sabtu, Mac 27, 2010

Mac - MLM jana ekonomi individu dan negara.

JIKA sebelum ini anda menyaksikan Majalah Jutawan (MJ) banyak memfokus kepada bidang pertanian dan penternakan, kini selepas tujuh bulan di pasaran, kami melakukan transformasi besar-besaran terhadap satu-satunya majalah bisnes tersohor di Malaysia ini. MJ menerima maklum balas positif daripada pembaca-pembaca setia hingga membuka mata kakitangan DAS Publighing merancang strategi baru. 

Kehadiran editor baru MJ, Iera Yusuf mengukuhkan lagi plan baru mengtransformasikan MJ menjadi majalah bisnes ulung yang bukan sahaja menekankan kepada isu-isu hangat. Lebih daripada itu, tips-tips perniagaan, kuiz, hadiah dan sebagainya adalah bonus untuk pembaca setia MJ yang selama ini 'haus' dengan informasi yang lebih menarik, hangat dan pelbagai.

Nantikan kemunculan MJ di bulan-bulan akan datang kerana lebih banyak kejutan akan menanti anda. Salam mesra dari kami. Hingga ketemu di keluaran akan datang.. ;)      

Jumaat, Februari 26, 2010

Khamis, Februari 25, 2010

Januari - Awasi helah 'broker maut'

SELAMAT TAHUN BARU dari MJ untuk semua pembaca budiman dan dedikasi. Walaupun kita kini berada di ambang hampir suku tahun baru, suka MJ mengingatkan semula bagaimana tahap pencapaian azam tahun baru anda? Adakah telah terlaksana, hampir mencapai matlamatnya atau sebaliknya. Apa pun yang anda lakukan, anda adalah anda yang hanya mampu mencipta keajaiban.

Hadirilah berjuta kursus motivasi, melaburlah dalam seminar kekayaan atau yang setara dengan perkataan dan maksud tersebut. Sekiranya anda tidak mengubah sikap nah, perubahan tidak akan berlaku. 

Syukur alhamdulillah MJ telah bertransformasi bermula keluaran Mac. Sungguhpun demikian, MJ tidak akan berada ditahapnya sekarang tanpa keluaran-keluaran lepas. 

Mari kita menyingkap keluaran Januari. Dalam keluaran ini, banyak isu menarik diketengahkan antaranya; bahayanya menggunakan khidmat broker, dana Tekun makin kempis, sembilan usahawan IKS negara, petua tentang belimbing buluh dan sebagainya. 

Lebih menarik, usahawan 5 yang berkisar tentang ikan kelisa atau yang biasa dipanggil arowana. Ingin mendapatkan isu ini? hubungi kami di alamat tertera di bawah.   

Sabtu, Februari 20, 2010

Tips menjadi komunikator sukses

Seorang usahawan yang berjaya adalah seorang komunikator yang sukses dalam hidupnya. Mungkin ramai diantara usahawan khususnya yang baru melangkah ke alam perniagaan melihat teknik berkomunikasi sebagai sesuatu yang remeh. Percaya atau tidak setiap perkataan yang diguna pakai oleh penutur sebenarnya menggambarkan kendiri individu itu sendiri.

Dapatkan Majalah Jutawan edisi bulan Mac akan datang..

Khamis, Mac 23, 2006

Usahawan Jutawan DCL

Selepas lapan tahun terlibat dalam MLM, MASTHURA BT RAZALI akhirnya memutuskan untuk tidak lagi terlibat dalam mana-mana perniagaan jualan langsung. Walaupun hasratnya begitu menggunung untuk merubah nasib diri dan keluarganya namun, dia sudah nekad untuk meninggalkan dunia MLM kerana bebanan kerja semakin bertambah sedangkan pendapatan mengecil.


Lapan tahun sebelum itu juga anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini pernah makan gaji sebelum bertindak berhenti kerja juga atas alasan mahu membantu keluarganya yang semakin membesar. Pelbagai kerja sampingan dicuba namun, jiwanya meronta-ronta inginkan sesuatu yang lebih mencabar dan menguntungkan. Hari-hari beliau berlalu tanpa sebarang kemajuan diri. Tempoh tiga tahun terbuang begitu sahaja.

Akhirnya pada Disember 2007, keperitan hidupnya mula berubah, lebih-lebih lagi selepas beliau bertemu dengan CA Zainal Bahri yang merupakan salah seorang usahawan MLM berjaya kelahiran DCL. Bertitik tolak dari itu, keluarganya kini bukan sahaja memiliki kehidupan mewah malah lebih dari itu DCL yang telah merialisasikan impian hidupnya menaja bayaran bulanan Toyota Rush yang dimilikinya selain beberapa pakej pelancongan ke luar negara.

Berkongsi saat-saat beliau terlibat dengan DCL katanya, selepas melihat plan perniagaan DCL sebagaimana yang diterangkan oleh Zainal, dia terus ‘jatuh cinta’ dan tanpa ragu-ragu mendaftar menjadi ahli pada masa itu juga sekaligus, meminta tunjuk ajar dari mereka yang pakar bagaimana untuk melaksanakan plan perniagaan DCL dan mendapat keuntungan.

“ DCL tidak akan `tersungkur’ kerana produknya sangat berkualiti tinggi. Bayangkan sahaja setiap produk yang telah dijual pelanggan akan datang semula untuk membelinya. Sebab itu, saya membabi buta menjadi ahli ketika bertemu Zainal kerana prospek dalam perniagaan ini sangat besar.

“ Sungguhpun banyak perkara yang perlu dipelajari hingga terpaksa dimarahi, namun berkat usaha dan niat yang betul saya berjaya melepasi setiap halangan yang ada. Buktinya, bukan setakat memperolehi pendapatan 5 angka pada tahun 2008 malah dari DD saya kini bergelar CD. Lebih dari itu keluarga saya juga kini mempunyai rumah banglo dua tingkat, SBC dan sebuah pusat latihan DCL di Majid Tanah, Melaka. Dan pada tahun ini saya dan syarikat akan melancong ke Vietnam.

Bukan itu sahaja, jelas Masthura lebih utama setiap ringgit yang digunakan pelanggan untuk membeli produk DCL ia akan disumbangkan kepada anak-anak yatim. Dalam erti kata lain melabur untuk produk bermutu tinggi pada masa yang sama juga melabur untuk kehidupan di akhirat.

“ Kini DCL telah berusia 12 tahun dan lebih menggembirakan saya, Siti Maslinda Razali iaitu adik kesayangan saya telah mencapai pangkat DD. Justeru, saya akan terus berjuang untuk mencapai gelaran CA dalam tempoh terdekat ini dan pada masa sama terus mendokong perjuangan DCL berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

Oleh yang demikian, kepada mereka yang belum lagi menyertai DCL jangan lepaskan peluang ini kerana kejayaan, kekayaan serta kesenangan tidak datang bergolek melainkan dengan usaha gigih serta doa dan niat yang betul.