Sabtu, Mac 27, 2010

Mac - MLM jana ekonomi individu dan negara.

JIKA sebelum ini anda menyaksikan Majalah Jutawan (MJ) banyak memfokus kepada bidang pertanian dan penternakan, kini selepas tujuh bulan di pasaran, kami melakukan transformasi besar-besaran terhadap satu-satunya majalah bisnes tersohor di Malaysia ini. MJ menerima maklum balas positif daripada pembaca-pembaca setia hingga membuka mata kakitangan DAS Publighing merancang strategi baru. 

Kehadiran editor baru MJ, Iera Yusuf mengukuhkan lagi plan baru mengtransformasikan MJ menjadi majalah bisnes ulung yang bukan sahaja menekankan kepada isu-isu hangat. Lebih daripada itu, tips-tips perniagaan, kuiz, hadiah dan sebagainya adalah bonus untuk pembaca setia MJ yang selama ini 'haus' dengan informasi yang lebih menarik, hangat dan pelbagai.

Nantikan kemunculan MJ di bulan-bulan akan datang kerana lebih banyak kejutan akan menanti anda. Salam mesra dari kami. Hingga ketemu di keluaran akan datang.. ;)      

1 ulasan:

suhana berkata...

Iera Yusof...
Seorang yang amat profesional...
I suka sangat dengan editor berkaliber ni...
Mengenali beliau tanpa mengetahui beliau adalah Editor MJ..sebelum ni...(teringat semula soalan yang I tanya dia malam tu...hahaha kelakar..U tak mention kat I u Editor MJ ae...)
Hahaha...Seorang yang suka membantu... I know her masa Malam Gala Diner AMP 2012... Anjuran Richworks... membantu I yg tidak sihat pada malam itu... Thumbs up for u Iera!!!